Program bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang, Cawangan Temerloh telah mengadakan program “My Kampung” di Felda Jenderak Utara pada 30 & 31 Okt 2025. Antara fokus utama program tersebut ialah memperkenalkan potongan zakat Felda secara bulanan melalui paysheet peneroka. selain daripada itu, pusat zakat juga mengadakan tazkirah di blok, kuliah duha, kuliah magrib, khutbah Jumaat, kaunter zakat, cabutan bertuah serta pempamer mobile daripada pelbagai agensi.


