|
Nama |
: Rossuzaimah Binti Abu Kasim |
|
Umur |
: 38 Tahun |
|
Ahli |
: 09 Oktober 2010 |
Latar belakang
Rossuzaimah adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010, beliau berumur 38 tahun, sebelum Negara dilanda Covid-19, beliau adalah seorang usahawan catering. setelah wabak covid-19 merebak ke serata Negeri di Mlaysia dan arahan PKP dikeluarkan, perniagaan beliau mula semakin merosot dan kurang permintaan akibat SOP bagi majlis-majlis di perketatkan. bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga beliau, beliau telah mencuba menjual gubahan orkid sevara kecil-kecilanbermula May 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Beliau mengikuti bengkel-bengkel atau kelas keusahawanan di Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi-aplikasi bagi menedit gambar-gambar bagi tujuan promosi. Beliau juga tidak pandai menguruskan aliran keluar masuk modal dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara online bagi menambahkan lagi pendapatan sampingan beliau. Perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook, instageram dan status whatsapp. Pendapatan yang pada pemulaanya hanya sekitar RM200, kini meningkat ke RM800 – RM1000 sebulan. Alhamdulillah, Rezeki beliau bertambah dari hari ke hari. Beliau menggunakan internet bagi mendapatkan idea-idea yang baru bagi mempelbagaikan gubahan bunga orked beliau.

