Pusat Internet telah menjalankan satu program untuk komuniti setempat di Pusat Internet Felda Jenderak Utara pada pelbagai aktiviti sampingan dijalankan bagi menarik minat komuniti untuk terus mengunjung ke Pusat Internet dan menggunakan kemudahan yang telah disediakan bagi kemudahan dan manfaat kepada komuniti setempat.
Aktiviti tang utama dijalankan ialah memperkenalkan Aplikasi Dashboard yang baru diperkenalkan di Pusat Internet seluruh malaysia. Aplikasi ini sangat memberi manfaat kepada Usahawan, pelajar sek, Belia, Lepasan Sekolah, NGO, dan komuniti setempat. selain itu juga pusat Internet memberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak kepada komuniti bagi memastikan dan memberi kesedaran tentang bahayanya pengunaan siber secara tidak beritika.

