MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain. Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.
Sepertimana tahun-tahun yang lalu, Rancangan Felda Jenderak Utara juga turut mengadakan program kacau bubur Asyura. semua komuniti dan badan-badan dalam rancangan akan dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi program yang dijalankan. Masyarakat akan mengutip derma beberapa ringgit setiap rumah untuk keperluan membeli barang yang diperlukan untuk memasak. Petangnya mereka akan memasak beramai-ramai sambil berbual, bergurau-senda dan bertanya khabar.
Persatuan Majlis Belia Felda Jenderak Utara juga tidak pernah ketinggalan dengan mana-mana program yang dijalankan di dalam rancangan. belia dan beliawanis adalah menjadi tulang belakang kepada JKKR, GPW dan Pengurusan Felda. sebanyak 11 kawah asyura telah di masak dan di agihkan di seluruh rancangan. selain itu terdapat pertandingan asyura paling enak dan hiasan tercantik. pada tahun ini, tempat pertama di menagi oleh pasukan KRT, Tempat ke 2 pasukan GPW, Tempat ke 3 pasukan Pejabat Felda, tempat ke 4 pasukan JKKR B, tempat ke 5 pasukan MBFM, Tempat ke 6 JKKR A, tempat ke tujuh pasukan masjid dan tempat ke 8 pasukan PIBG SKJU.

