mcmc
Pendidikan

Pembukaan kembali sekolah secara berperingkat

pengiliran sekolah

Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Oktober 2021 dengan SOP yang ditetapkan oleh KPM. Namun, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu. Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu. Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas. Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas. Sebagai contoh, sekiranya 36 orang murid berada dalam satu kelas, maka ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kedua-dua kumpulan ini akan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan bagi memastikan PdP Bersemuka dapat diteruskan dalam kapasiti yang lebih selamat untuk murid.

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan ke mac 2022. perlanjutan sesi persekolahan bertujuan memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan . ini bermaksud, murid tahun satu bagi tahun 2022 akan mula masuk sekolah pada mac 2022. Semua institut pendidikan guru di negeri fasa satu, dua masih berlajar secara PDPR. pembukaan sekolah dan Institut pendidikan di negeri atau kawasan dalam travel bubble’ ikut kaedah fasa 4 PPN. pengoperasian sekolah, institusi pendidikan negeri yang beralih ke fasa PPN dilaksanakan selepas dua minggu peralihan.

 SOP-PENGOPERASIAN-SEKOLAH-KPM-PDF-06-1024x569