Satu majlis penyampaian sumbangan kepada angota tentera malaysia yang berusaha secara bergotong-royong membina semula rumah peneroka En. Abdullah Bin Awang yang terbakar pada 6 bulan lepas. Yb dato Sri Hj. Ismail Bin Haji Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau, Yb Dato Sri hj Mohamed Bin Jaafar Adun Jenderak, En.Fazeli Bin Ibrahim Pengurus Felda dan En. Salim Bin Muda ketua peneroka Felda Jenderak Utara telah mencari dana dan memberi sumbangan bagi menyiapkan rumah en. Abdullah. Pembinaan rumah baru ini dibina melalui program NBOS yang diusahakan oleh Yb Dato sri Hj Ismail.





