mcmc
Pendidikan

Pembelajaran PDPR

jemi pdpr

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau Pusat Internet komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

Terdapat segelintir pelajar yang hadir ke Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara bagi menggunakan kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet Komuniti seperti capaian Internet dan penggunaan Komputer. kebanyakan ibu bapa akan hadir ke Pusat internet bagi membuat cetakan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Ibu bapa dan pelajar juga membuat pinjaman Netbook di Pusat Internet komuniti bagi memudakan anak-anak berlajar menggunakan online google meat dan whatsap.

 pdpr 1