Satu program ilmu telah diadakan di Sek Kebangsaan Jenderak Utara pada 18 Ogos 2017 iaitu hari Jumaat baru-baru ini, bermula 8.30 pg sehingga 12.30tgh, bertempat di Dewan pak sako Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Tajuk majlis ilmu tersebut ialah Motivasi pagi ” Hidup Berjasa” bagi Calon UPSR dan ibu bapa PPU Kuala Krau. tetamu jemputan VIP bagi perasmi ialah YB Dato sri Hj. Mohamed Bin Jaafar. Timb yang dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Jenderak. program ini hasil kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau bersama Jabatan Penerangan dan Pihak Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara.
Motivator Utama bagi majlis ini ialah saudara Shahar Bin Abdullah iaitu Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang. Manakala 3 orang Motivator lagi ialah saudara Mohd Fazlie Bin Abdul Mubin selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Saudara Mahadzir Bin Omar, dan Hajah Siti Solimah Binti Abdul Fatah iaitu seorang Usahawan wanita Felda yang berjaya.









