Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan Persatuan Marhaban Felda Jenderak Utara adalah persatuan wanita yang sangat aktive bergerak di dalam rancangan. persatuan ini sentiasa mendapat jemputan dan sambutan daripada warga tempatan dan juga dari luar kawasan rancangan. ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada warga emas (penerokawati) Beliawanis dan Generasi kedua Felda (KAF). hampir setiap minggu kumpulan marhaban dan GPW mendapat jemputan daripada warga tempatan bagi menjalankan majlis-majlis keagamaan. ketua dan penolong serta ahli persatuan ini adalah diantara yang pandai dan mempunyai ilmu agama yang sangat bagus. ia juga terdiri daripada guru-guru agama.

