Program JOM Sihat
|
Tarikh |
: 18hb – 20hb Januari 2018 |
|
Masa |
: 8.00 pagi – 1.00 petang |
|
Lokasi |
: Pusat Internet Felda Jenderak Utara |
|
Peserta |
: 130 |
TUJUAN
Program ini adalah di anjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Utara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, GPW, Pra sekolah, Tabika Kemas, Pra Pasti dan JKKR. Tujuan Program kesihatan dilaksanakan adalah memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada komuniti dan masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang telah dijalankan ialah cek kesihatan komuniti setempat, kempen gaya hidup sihat dan penjagaan makanan bagi kehidupan seharian, mewarna kanak-kanak pra sekolah bertemakan menu sihat dan jalan seribu langkah. Selain itu juga Ceramah bagi permakanan yang sihat juga telah dijalankan dan demo masakan menu sihat jugak telah diadakan.