mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan – Rossuzila Binti Abu Kasim

Nama

: ROSSUZILA BINTI ABU KASIM

Umur

: 40 Tahun

Ahli

: 04 mei 2010

Latar belakang

Rossuzila Binti Abu Kasim adalah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara sejak Julai 2010. Beliau berumur 36 tahun, seorang suri rumah dan hanya bekerja membantu keluarga berniaga kecil-kecilan sahaja di rumah. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan menerima tempahan dari kawan-kawan atau sanak saudara sahaja. Pendapatan diperolehi hanya RM 200 Sebulan. Beliau tidak mahir dalam membuat promosi menggunakan aplikasi di media social.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum Beliau mengikuti latihan-latihan keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, ilmu pengetahuan ICT beliau hanya sedikit. Pemasaran produk beliau juga hanya tertumpu kepada kawan-kawan dan sanak saudara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Beliau nekad untuk membuat satu perubahan dalam perniagaan beliau. Beliau telah membuka 1 kedai Shopee yang bernama “ rayyan.ent2019”. Dengan ilmu yang beliau pelajari di PIK Felda Jenderak Utara, beliau cuba mempromosikan produk di Shopee. Alhamdulillah, Produk beliau mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pendapatan beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dulunya beliau hanya menjual 1 produk iaitu Chocojar, kini beliau mempelbagaikan produk beliau seperti Crunchy Shishamo Dut, Kacang Salut tepung, Kacang Santong Salted, Kacang medan dan sebagainya.

Sehingga kini, beliau giat mempromosikan perniagaan di media social lain seperti aplikasi Whatsapp dan Facebook. Beliau juga sentiasa bersedia menambah ilmu