mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK-IT MUHAMMAD IKWAN ASYRAF BIN S BAHAGIA

ikwan

Latar belakang

Mohd Ikwan Asyraf seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara sejak 04 Mei 2010. Beliau merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Melaka, mengambil jurusan Seni Lukis. Seorang yang cepat belajar dan ingin belajar sesuatu yang baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mohd Ikwan Asyraf seorang yang mahir menggunakan komputer dan kurang pendedahan dengan aplikasi yang dapat membantu dalam pembelajaran beliau. Beliau hanya mengetahui asas menggunakan komputer yang dipelajarinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak menggunakan kemudahan ICT di Pusat Internet Komuniti Adik Ikwan Asyraf semakin teruja dengan tekonologi ICT dimana beliau dapat menggunakan komputer dengan cekap dan dapat mengetahui penggunaan perisian komputer dengan lebih meluas. Sejak bergelar Pelajar Uitm Melaka (Jurusan Seni Lukis), PIK banyak membantu beliau dalam menyelesaikan Tugasan –Tugasan Universiti. Kini, beliau lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara. Baginya penggunaan internet dapat memudahkan urusan beliau dalam pembelajaran online.

 ikwan 2