KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN MOHAMAD HAKIMI BIN ASMADI
|
Nama |
MOHAMAD HAKIMI BIN ASMADI |
|
Umur |
: 36 Tahun |
|
Ahli |
: 07 SEPT 2019 |
Latar belakang
Mohamad Hakimi adalah salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara sejak tahun 2019. Beliau dikenali dengan nama ieka merupakan seorang penternak ayam belanda bersama rakannya. Beliau memulakan perniagaan ini semenjak bermulanya PKP pada March 2020 secara kecil-kecilan di belakang rumah bagi memenuhi masa lapang dan menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau tidak mahir dalam menggunakan komputer, tidak pandai membuat kertas kerja perniagaan untuk mencari dana perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan peniagaan dan pemasaran produk, Beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti untuk mempelajari asas keusahawanan. Beliau telah mengikuti program bersama MDEC. Sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari, beliau menerima pelbagai ilmu perniagaan. Kini beliau telah aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di media social dan telah berjaya menambah hasil pendapatan 2 kali ganda.