mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Disember 2022

Latar belakang

Muhammad Alif Safwan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia sejak 22 Mei 2021. Sebelum memulakan perniagaan ternakan kambing secara kecil-kecilan, beliau adalah seorang penebar roti canai. Memulakan perniagaan ternakan kambing sejak Februari 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau memulakan ternakan kambing di kawasan belakang rumah sahaja. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran, beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ternakan kambing, jenis makanan yang sepatutnya, jenis-jenis baka kambing dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula menyerap ilmu,  pengetahuan tentang perniagaan (ternakan kambing) di Youtube dan google. Beliau banyak membaca mengenai perniagaan ini. Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga, beliau berani untuk memulakan perniagaan ternakan kambing ini dengan modal permulaan sebanyak RM 15 ribu ringgit.

Beliau telah mengikuti Taklimat Perniagaan dari SSM secara online di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga belajar untuk membuat proposal perniagaan untuk mendapatkan modal perniagaan bagi meluaskan lagi kandang kambing dan menambah ternakan beliau. Beliau juga berjaya mempromosikan jual beli kambing atau daging kambing, dan juga berjaya merekod kewangan perniagaan ternakan kambing beliau dengan teratur.