mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Mei 2023

USAHAWAN TANAMAN CILI FERTIGASI

Nama

: Suriati binti Sulaiman

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: 01 Oktober 2011

Latar belakang

Sebelum memulakan tanaman cili fertigasi, puan suriati membantu anaknya berniaga roti canai setiap pagi. Apabila Pandemik Covid -19 bermula, kedai terpaksa di tutup dan beliau mencari anisiatif lain untuk menambah pendapatan keluarga. Puan suriati bersama anaknya, membuat keputusan untuk  menanam cili disekitar rumah sahaja. Kini, hasil tanamannya mendapat sambutan bukan hanya di luar bandar tetapi di bandar juga. Kini, puan suriati mampu menanam cili dalam 300 polybag di tapak kosong depan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan  Suriati adalah salah seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 1 oktober 2011  dan sukar untuk mendapat maklumat tentang pertanian cili fertigasi. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, hasil pertanian beliau kurang mendapat sambutan. Akibat dari kurang sambutan, beliau mengalami kerugian apabila cili menjadi busuk dan tidak elok untuk dipasarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Seiring dengan saranan kerajaan untuk mentransformasikan pertanian menerusi teknologi dan menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Puan suriati mengambil anisiatif untuk mempelajari ilmu keusahawanan. Beliau telah mengikuti program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MDEC, kelas usahawan Dashbord PI ( Facebook page) dan program-program usahawan yang lain. Beliau juga mengikuti taklimat Pendaftaran Syarikat di PEDi Felda Jenderak Utara.