|
Nama |
: Siti Hajar Binti Mat Saain |
|
Umur |
: 40 Tahun |
|
Ahli |
: 04 mei 2010 |
Latar belakang
Puan Siti adalah salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010. Beliau merupakan seorang pengusaha cili giling dan cili sos. Beliau memulakan perniagaan ini semenjak november 2020 secara kecil-kecilan di rumah bagi memenuhi masa lapang dan menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM300 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan. Apabila menyedari permintaan sangat menggalakan dan tinggi puan siti mula berhasrat untuk memasarkan secara lebih meluas secara online dan telah membeli sebuah kedai yang terletak di pekan Kuala Krau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Pn.Siti secara atas talian. Beliau telah mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MEDEC, kursus pengendalian makann dan pembuatan cili di Kolej Komuniti Perak. Sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari, beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran produk secara online. Kini Pn.Siti telah aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di media social dan telah berjaya menambah hasi pendapatan sampingan 2 kali ganda. beliau juga telah membuka sebuah kedai di pekan kuala krau yang teletak di kg tanjung kubu. pendapatan beliau semakin meningkat apabila ramai yang melihat iklan-iklan di dalam media sosial dan telah datang terus ke kedai untuk mengambil dan membeli stok cili. pendapatan puan Siti pada tahun lepas hanya sekitar RM300 sebulan, kini telah mencecah RM3500 sebulan.