Usahawan Tudung dan jahitan pakaian wanita dan lelaki
|
Nama |
: Siti Hajar Binti Mat Saain |
|
Umur |
: 39 Tahun |
|
Ahli |
: 04 Mei 2010 |
Latar belakang
Puan Siti Hajar Binti Mat Saain adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010. beliau merupakan seorang pengusaha jualan tudung dan taler jahitan pakaian wanita dan lelaki. beliau memulakan perniagaan ini semenjak tahun 2001 lagi secara kecil-kecilan di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM500 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook dan pages. Tempahan dan jualan tudung mula bertambah dan meluas. Pendapatan yang dahulunya hanya sekitar RM500, kini meningkat ke RM1000-Rm2500 sebulan. Semua hanya di hujung jari.