mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – HAZFIEKA NABILA BINTI AZMI APANDI

bella

Nama

: Hazfieka Nabila Binti Azmi Apandi

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2 Mei 2010

 

Latar belakang

Cik Hazfieka Nabila Bt Azmi Apandi berumur 26 tahun merupakan ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 2 Mei 2010. Cik Nabila memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan pada tahun 2013 bermula dengan air blended sahaja. Kini, beliau telah menambah pendapatan beliau dengan pelbagai jualan antaranya Chicken chop, Lamb Chop, Big Cup (Espresso, Chocolate Hazel, Cappuccino, Chocolate, Vanilla Oreo, Mocca, Vanilla, Kopi Kg, Coconut shake dan Green Tea). Dengan keadaan ekonomi masa kini, beliau sentiasa mengeluarkan produk – produk jualan yang baru bagi meningkatkan lagi pendapatan beliau. Antaranya sagu gula Melaka, lasagna dan beliau juga menerima tempahan kek, cheese tart, brownies untuk sebarang majlis. Selain dari pembeli boleh ke kedainya membeli, pembeli juga boleh membuat tempahan melalui facebook dan whatsapp beliau. Penghantaran juga disediakan. Beliau juga menjaga perniagaan Homestay Abah yang diusahakan oleh ayah beliau sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum Cik Nabila mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara, pendapatan bulanan beliau hanya RM100.00 hingga RM150.00 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Cik Nabila mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan seperti laman media social untuk mempromosikan produk beliau, beliau kini lebih memahami bagaimana untuk memasarkan produk beliau. Alhamdullillah kini pendapatan Cik Nabila bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga telah diberi taklimat mengenai Dashboard PI yang mana platform ini dapat membantu beliau memasarkan produk beliau di dalam Dashboard PI (myshop). Beliau juga menyertai Taklimat MDEC you can Duit yang dianjurkan PI bagi menambahkan pendapatan beliau.