mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Cik Nik suraya Binti Nik Ludin

USAHAWAN HANDMADE FELT CRAF

Nama

: Nik Suraya Binti Nik Ludin

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Cik Nik Suraya Binti Nik Ludin adalah usahawan kecil handmade felt craf di Felda Jenderak Utara. Berkelulusan Diploma in Tourism. masih bujang dan anak ke 2 dari 3 orang adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Seawal penglibatan beliau bagi penghasilana handmade felt craf adalah bermula dengan minatnya untuk menghias bilik dan kereta beliau sendiri. kemudian berkembang kepada tempahan kawan-kawan karib yang ingin menghias kereta dan gift majlis kecil-kecilan. penghasilan hasil kraf tangan cik yaya mula menjadi buah mulut penduduk setempat dan mendapat tempahan dari penduduk dan jiran-jiran.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Bermula dengan mengikuti kelas asas business online DUN Jenderak di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. cik Yaya mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk kraf tanganya. Pada awalnya beliau mengupload semua hasil tanganya di dalam facebook.  dari hari kehari, tempahan mula bertambah dan sehingga tidak menang tangan untuk menyiapkan semua tempahan.

Bagi memperluaskan lagi perniagaan kraf tangan ini beliau telah mengikuti kelas usahawan lanjutan bagi membina pages dan blog di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. ramai rakan-rakan dan pelanggan yang membuat tempahan. Cik Yaya tetap terus berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti Komputer yang bersesuaian, internet yang berkelajuan tinggi dan mesin pencetak.