mcmc
Persatuan Belia

Gotong-royong Belia

Persatuan Belia Felda Jenderak Utara telah turun bersama-sama dengan GPW dan JKKR bagi membuat gotong-royong di jalan masuk utama Felda Jenderak Utara pada 09 Julai 2019 baru-baru ini. kerja-kerja mengutip sampah dan memotong pokok-pokok bunga di tepi jalan dan simpang masuk ke Felda Jenderak Utara dijalankan bermula jam 8.00pagi sehingga 10.00 pagi. Gejala membuang sampah merata-rata dan ke luar dari kenderaan semakin menjadi-jadi. setiap hari terdapat sampah sarap seperti plastik, botol air, tin air tisu dan sebagainya berada di tepi jalan masuk ke kawasan rancangan.