Hari pertama persekolahan bagi tahun 2026. Semua sekolah di seluruh Malaysia membuat persiapan bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru dan lama untuk masuk ke sekolah di bawah program first day at school dan guru penyayang 2026. Semua guru-guru, YDP PIBG dan AJK PIBG telah sama-sama menyambut pelajar-pelajar di depan pintu pagar serta memberi sedikit cenderahati bagi 50 pelajar terawal yang hadir ke sekolah. guru Ikon Kempen Internet Selamat (KIS) juga memberi ucapan ringkas berkenaan kempen internet selamat semasa perhimpunan.


