mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – RAHIMAH BINTI NAYAN

imah

 Nama

: Rahimah Binti Nayan

 Umur

: 26 Tahun

 Ahli

: 25 April 2010

 

Latar belakang

 

Rahimah Binti Nayan merupakan ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak pertama penubuhan Pusat internet pada tahun 2010. Rahimah Binti Nayan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Pada tahun 2010, beliau seorang pelajar sekolah menengah yang sering menggunakan pusat internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Kini, beliau menjadikan pusat internet sebagai tempat rujukan beliau menambah ilmu pengetahuan dalam meningkatkan pendapatan sampingan secara online.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pandangan beliau pada permulaannya, Pusat Internet merupakan tempat bermain games sama seperti cyber café lain. Beliau kurang pengetahuan dalam ICT, Kurang penglibatan dalam program- program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet kerana dalam pemikiran beliau program-program atau kelas-kelas yang dianjurkan adalah berbayar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara pada tahun 25 april 2010, beliau menyedari Pusat Internet adalah Pusat pembelajaran Komputer secara percuma, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet. Selain itu juga Pusat Internet menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka. Kini, beliau menjadikan Pusat Internet sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan dalam meningkatkan pendapatan sampingan secara online. Beliau menggunakan platform online dalam meluaskan lagi perniagaan kecil-kecilan beliau.

 

 imah-1