mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – MOHAMAD ADIF NADMI BIN MOHD AHMADI

 

Penerima anugerah Froge LE bagi subjek Matematik

 Nama

: Mohamad Adif Nadmi Bin Mohd Ahmadi

 Umur

09 Tahun

 Ahli

30 september 2014

 

Latar Belakang

 

Mohamad Adif Nadmi bin Mohd Ahmadi adalah pelajar darjah 3 Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Telah mendaftar sebagai ahli pada 30 September 2014. beliau sentiasa mengikuti program-program yang dianjurkan oleh petugas PI Felda Jenderak Utara. selain itu juga beliau adalah pelajar kelas Pembelajaran online subjek matematik yang di ajar oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Utara.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ pengunaan PI

Pada pandangan beliau pada mulanya, anggapan beliau terhadap PI adalah tempat bermain games sama seperti cyber cafe lain. beliau kurang pengetahuan dalam ICT, kurang penglibatan dalam program-program yang di anjurkan oleh petugas PI. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara pada 30 Sept 2014, beliau menyedari PI adalah Pusat pembelajaran Komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli PI. Selain itu juga PI menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka. Kini, beliau menjadikan PI sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi penggunaan Komputer bagi melakukan aktiviti pembelajaran pelajar Froge Le Asia.

 

Hasil dari sikap ingin tahu dan minat, beliau sentiasa membuka laman dashboard Froge Le yang di sediakan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menegah di pusat Internet Felda Jenderak Utara pada hari cuti sekolah. Atas usaha beliau, beliau telah mendapat tempat ke 2 bagi peringkat kebangsaan bagi subjek matematik dan sekolah mendapat tempat ketiga. Beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai semua program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Utara. Dengan penggunaan berterusan di Pusat Internet, beliau telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan pada setiap bulan bagi ranking bulanan penggunaan Froge Le ini.