Jabatan kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai Tabika Kemas adalah lanjutan dari bahagian pelajaran dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “pembasmian buta Huruf. Bermula bulan julai ini, Pejabat Kemas daerah Temerloh telah mengadakan satu bengkel bagi ibubapa dan penjaga iaitu bengkel keibubapaan di seluruh parlimen Kuala Krau mengikut dun. di dalam bengkel ini terdapat pelbagai aktiviti yang membabitkan ibu bapa. ibu bapa di beri pencerahan dan taklimat berkenaan dengan cara pendidikan di rumah yang teratur dan berkualiti. ibu bapa di ajar menbuat aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama-sama dengan anak-anak semasa di rumah bagi merangsang dan menarik minat anak-anak untuk bermain sambil belajar.

