Satu program telah disetup Oleh AADK Daerah Temerloh dengan Kerjasama Majlis Belia Felda Jenderak Utara bagi memastikan belia Felda sifar DADAH dan memberi pendedahan awal kepada belia-belia yang baru melangkah ke luar daripada alam persekolahan. langkah-langkah pencegahan ini adalah lebih berkesan daripada menghantar ke pusat pemulihan yang telah terjebak dengan gejala DADAH ini. program ini menekankan cara-cara mengenalpasti dan menghadapi ahli keluarga yang telah terjebat dengan gejala DADAH serta memberi pendedahan betapa besarnya kesan terhadapa masa depan mereka untuk kehidupn seharian dan akan datang.







