Program Bazar Raya bersama komuniti ini adalah kali yang ke 2 di anjurkan oleh NADI di seluruh Malaysia. jualan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Pelbagai jualan menerik dan aktiviti untuk pelajar sekolah dan usahawan telah dijalankan. Antara produk jualan usahawan adalah kuih muih dan biskut raya, tudung raya, sampul raya, bunga hiasan hasil seni tangan dan baju terpakai. juga berlangsung Taklimat webinar Keusahawanan, kuiz Ramadan Syawal, perkhidmatan installation Pahang Go dan Kaunter zakat Fitrah pun ada.


