mcmc
Keselamatan

ANGKATAN TENTERA KUAT KUASA SOP PKP

KESELAMATAN 2
KESELAMATAN
Seramai 2,582 anggota ATM bantu PDRM kuat kuasa SOP PKP di SJR.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan rakyat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM berkata seramai 2,582 anggota telah diaturgerakkan termasuk di Sabah dan Sarawak dalam melaksanakan tugas SJR dan Rondaan MPV.
Pembabitan tentera daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan bekerjasama membantu PDRM memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dikenakan di seluruh negara ketika ini.