Sempena cuti hari Malaysia, MBF Felda Jenderak Utara telah membuat satu aktiviti hiking ke Bukit Seladang yang terletak di Jerantut Pahang. Aktiviti ini sangat memerlukan stamina yang tinggi dan sangat baik untuk belia-belia bagi menjaga kesihatan disamping dapat memenuhi masa lapang di hari cuti bersama kawan-kawan dan keluarga. jarak bukit seladang ini dari Felda Jenderak Utara lebih kurang 40 Km. dengan mengambil masa 30 minit perjalanan, pengunjung akan sampai di kaki bukit. aktiviti ini sangat mencabar dan hasilnya, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan yang sangat menarik di waktu pagi iaitu pemandangan matahari terbik.