Semua sekolah seluruh Malaysia telah membuat penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 kepada semua murid dari sekolah rendah sehingga ke menegah. Ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Pemberian sebanyak RM150 kepada lebih 5.2 juta murid.
Semua murid yang berdaftar di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan layak menerima bantuan ini. tiada had pendapatan keluarga ditetapkan. tetapi keutamaan akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 rendah. bantuan ini disalurkan secara automatik tanpa perlu permohonan dalam talian.
Ia bertujuan meringankan beban kewangan, kesaksamaan pendidikan, dan rangsangan ekonomi bagi murid-murid dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersedia.