mcmc
Pendidikan

Peperiksaan SAR KAFA

UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima di sekolah kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah rendah agama (SRA)yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. iaitu dalam al-quran dan ulum syariah (akidah dan ibadah), sirah, adab (akhlak islamiah), jawi dan khatdan asas lughatul quran. pada 15 oktober 2021 ketua pengarah jakim mengumumkan penilaian bertulis KAFA akan digantikan dengan modul penilaian Al-Quran dan fardu ain (MPKAFA) dan dilaksanakan secara serentak bermula 15 november 2021 sehingga 30 november 2021. selaras dengan perlaksanaan MPKAFA, PDPR bagi murid tahun 5 dan 6 akan dikhususkan bagi perlaksanaan MPKAFA sahaja. guru-guru boleh memilih penilaian secara online, secara offline atau secara offsite di setiap permis KAFA.