Mesyuarat JKKR telah di jalankan pada setiap bulan dan di pengerusikan oleh pengurus Felda Jenderak utara rancangan itu sendiri. semua ketua-ketua blok dan persatuan di jemput untuk bersama-sama didalam mesyuarat bulanan ini termasuk Pusat internet 1 Malaysia.
Tujuan mesyuarat bulanan ini di jalankan pada setiap minggu adalah untuk menyalurkan maklumat-maklumat baru berkenaan Felda, Pendidikan dan sebarang program yang akan dijalankan di dalam mahupun di luar Rancangan Felda.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh semua penduduk di dalam rancangan juga di bahas dan di bincangkan bagi menagani masalah tersebut. tindakan susulan akan di ambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.
semua badan-badan yang ada didalam rancangan akan membentangkan laporan berkenaan aktiviti ataupun permasalahan yang dihadapi.







