|
Nama |
: ROSIMAH BINTI RANI |
|
Umur |
: 49 Tahun |
|
Ahli |
: 18 SEPTEMBER 2010 |
Latar belakang
Puan Sima adalah salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara yang telah menjadi ahli semenjak tahun 2013 dan sangat aktif menggunakan kemudahan dan mengikuti kursus-kursus serta bengkel yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet sepanjang tahun. Beliau pada awalnya adalah seorang tukang jahit pakaian wanita, kemudian telah membuka sebuah kedai makan dan sekarang beliau telah menambah pendapatan dengan membuat bawang goring secara online sebagai menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM300 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan. Apabila menyedari permintaan sangat menggalakan dan tinggi puan sima mula berhasrat untuk memasarkan secara lebih meluas secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Pn. Sima secara atas talian. Beliau telah mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MEDEC, kelas usahawan Dashbord PIK, Kelas Shopee dan program-program usahawan. beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran produk secara online semasa mengikuti bengkel usahawan setiap minggu di Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara. Kini Pn.Sima telah aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di media social dan telah berjaya menambah hasi pendapatan sampingan 2 kali ganda berbanding jualan secara offline.