mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK-IT NUR SHAKIRAH BINTI UJANG

syakirah

Latar belakang

Pn Shakirah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 25 april 2010. Beliau merupakan seorang guru tabika kemas. Seorang yang cepat belajar dan ingin belajar sesuatu yang baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Shakirah seorang yang mahir menggunakan komputer dan kurang pendedahan dengan aplikasi yang dapat membantu dalam pembelajaran kanak-kanak tabika kemas. Beliau hanya mengetahui asas menggunakan komputer yang dipelajarinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Jenderak Utara, Pn Shakirah menyedari Pusat Internet adalah tempat pembelajaran ICT secara percuma. Latihan yang dianjurkan setiap bulan adalah percuma. Kini, Pn Shakirah menjadikan Pusat Internet sebagai tempat menimba ilmu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan ICT. 

 syakirah 1