mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- SITI HAJAR BINTI MAT SAAIN

Usahawan Tudung dan jahitan pakaian wanita dan lelaki

Nama

: Siti Hajar Binti Mat Saain

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 04 Mei 2010

Latar belakang

Puan Siti Hajar Binti Mat Saain  adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010. beliau merupakan seorang pengusaha jualan tudung dan taler jahitan pakaian wanita dan lelaki. beliau memulakan perniagaan ini semenjak tahun 2001 lagi secara kecil-kecilan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM500 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook dan pages. Tempahan dan jualan tudung mula bertambah dan meluas. Pendapatan yang dahulunya hanya sekitar RM500, kini meningkat ke RM1000-Rm2500 sebulan. Semua hanya di hujung jari.