|
Nama |
: Muhammad Aqil Rafqi Bin Yuzainizam |
|
Umur |
: 7 Tahun |
|
Ahli |
: 18 januari 2019 |
Latar belakang
Muhammad Aqil Rifqi Bin Yuzainizam seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 18.1.2019. Adik Aqil merupakan kanak-kanak berusia 7 tahun,bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Aqil seorang yang pendiam dan pemalu, kurang berkomunikasi dengan orang sekelilingnya tetapi merupakan seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam kelas e-pembelajaran yang dianjurkan oleh Petugas Pusat Internet Felda Jenderak Utara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Seorang kanak-kanak yang tidak mengenal komputer, hanya mengikut ibunya ke Program-program yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Jenderak Utara. Adik Aqil pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran secara online dan tidak mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Utara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak pertama kali Adik Aqil mengikuti Kelas E-Pembelajaran pada tahun 2019, Adik Aqil sangat teruja dan seronok belajar bersama kawan-kawan seusianya. Kelas e-pembelajaran ini dijalankan dua kali sebulan, Adik Aqil tidak akan melepaskan peluang untuk belajar komputer bersama kawan-kawannya.