mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- AZURAIDAH BINTI ABD AZIZ

azue satey

Nama

: Azuraidah Binti Abd Aziz

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 20 januari 2019

 

Latar belakang

 

Puan Azuraidah Binti abdul Aziz berumur 30 tahun merupakan ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 20 Januari 2019. Puan Azue memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2019 bermula dengan jualan satey ayam  sahaja. Kini, beliau telah menambah pendapatan beliau dengan mempelbagaikan jenis satey jualan antaranya satey daging, satey tulang, kuih peneram, nasi kerabu dan mee kari. Dengan keadaan ekonomi masa kini, beliau sentiasa mengeluarkan produk – produk jualan yang baru bagi meningkatkan lagi pendapatan beliau. beliau menerima tempahan untuk sebarang majlis. Selain dari itu, pembeli juga boleh ke terus ke kedainya bagi membeli satey yang baru di bakar. pembeli juga boleh membuat tempahan melalui facebook dan whatsapp beliau. Penghantaran juga disediakan. Suami beliau menjalankan perniagaan kedai gunting di depan rumah beliau..

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT dan mengikuti kursus-kursus di Pusat Internet Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Dalam seminggu, hanya oder-oder yang berkuantiti sedikit yang masuk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat internet Felda Jenderak Utara. Puan Azue telah membuat pages facebook dan instageram bagi mempromosikan produk beliau. Melalui kelas latihan di Pusat Internet tersebut Puan Azue juga telah belajar cara-cara untuk membuat poster dengan menggunakan aplikasi di Hp dan cara penyusunan ayat dan gambar di dalam pengiklanan produk jualan beliau. Kini Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM7000 sebulan dari hasil jualan di kedai dan tempahan majlis-majlis.