mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Felda Jenderak Utara

PUSAT INTERNET  (FASA FELDA) BERWAJAH BARU

Pusat Internet  Felda Jenderak Utara telah beroperasi selama 6 tahun, bermula April 2010 sehingga kini. pada awal pembukaanya, ia dikenali sebagai Community Broadband Center (CBC) atau Pusat Jalur Lebar (PJK). pada tahun 2012, nama Pusat jalur Lebar Telah Ditukar kepada nama baru iaitu Pusat Internet (PI1M).

 

Pada awal pembukaan Pusat Jalur Lebar April 2010, terdapat 2 kakitangan yang di tempatkan. kedua-dua kakitangan adalah perempuan.

 

  1. Pengurus : Norliza Binti Man – kelulusan ijazah saujana muda perniagaan
  2. Penolong pengurus : Rossakinah Binti Abu Kasim – kelulusan diploma kejuruteraan Komputer.

 

Kakitangan ini adalah dari kalangan anak tempatan Felda jenderak Utara.

 

Pada Januari 2012, Pengurus Pusat Jalur lebar telah meletak jawatan di atas sebab mengikut suami yang bekerja di Kuala Lumpur. Pusat Jalur Lebar Felda Jenderak Utara telah mendapat pengurus baru Iaitu Said Zainal Bin said Husin. Beliau adalah Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Jenderak Selatan dan telah membuat permohonan untuk menjadi Pengurus di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara dengan kelayakan yang beliau ada. Beliau juga adalah anak tempatan iaitu anak peneroka Felda Jenderak Utara. beliau seorang yang sangat berdidikasi, keratif dan sangat disenagi didalam menjalakan tugas-tugas terhadap komuniti setempat.

 

  • Pengurus ke 2 pada tahun 2012 : Said Zainal Bin said Husin – kelulusan Ijazah Saujana muda Perniagaan

 

Pada Julai 2014 Pusat Internet  Felda Jenderak Utara telah betukar pengurus lagi sekali. pengurus yang lama Said Zainal Bin Said Husin telah meletak jawatan kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik dan dekat dengan tempat kerja isteri beliau. pengurus yang baru telah dilantik iaitu Cik Nurulhuda Binti A.Hamid yang asalnya adalah Pengurus Pusat Internet Felda jenderak selatan.

 

  • Pengurus ke 3 pada tahun 2014 : Nurulhuda Binti A.hamid – kelulusan Ijazah Saujana Muda Perniagaan

 

Sehingga sekarang beliau masih berhidmat di Pusat Internet  Felda Jenderak Utara.